How old she is?

Saturday, January 16, 2016

Isis vs islam

Assalamulaikum..



Isis is not follow the sunnah and the sharia of islam. However the always judging islam as a terrorist. Not everyone is to radical and happy to create a war. A thousand people will suffered and die if the isis insist to developt their own vision which is no one knows. The problem coming cause to many tribe in arab region that induce boundaries which is not related in the way of islam. In the holy quran said that " there is a lot of creation and gòod to know each others". In the senses of human right and islam right hope the world not blamming islam is the rwligion of terror and islam is the religion of peace.  Read the quran and learn to understand the word and message. This just my though. Peace yo! W salam.

Wednesday, January 13, 2016

When mom is working!


Poor my little baby when mom is working.. LOL & the father become play maker.

Jadilah Seperti Rashid

Assalamualaikum wbt. Sekali lagi negara digemparkan oleh ayat SACR dari rashid..haha LOL ayat dia penuh makna tu. Orang macamni bagus sebab boleh bantu orang lain yang tak berapa nak paham bahasa tentang kehidupan ini. Banyak jugak yang dia boh.. haha ok la tu kan dari dia hina orang atau mengkeji orang tak tentu pasal. Siapa makan cili mesti rasa gula.
Aku harap dia buat ayat yg lebih membina dan dapat memberi kesan positive kepada semua. Lagi satu agak agaknya ler siapa Rashid ni? Ada sesiapa tahu?

Travel to Sydney

Assalamualikum.. Bertemu kembali. Aku pergi sydney pada tahun 2010 bersama pasukan VAD (National Transplant Unit) bagi belajar teknik teknik baru dan mengambil sedikit pengalaman orang putih tentang VAD. oohh lupa pulak VAD tu atau nama penuhnya ventricular assist device diberikan pada mereka yang mengalami masalah yang serius bak kata orang kat ijn bridging to Transplant. So latihan intensif memang diperlukan. Aku? belajar buat scope jer dan sikit sikit pasal ultrasound transplant. Kalau korang tengok kes transplant jantung konpem muntah.. tak payah lah citer.. So, team ijn ni memang best sebab bos dia pun hebat, 'MR E' sapa yang tak kenal dia memang teruk sangat lah tu. MR E ni bawak aku pi dok kat Sydney dekat sebulan masyallah, semangat betul aku. Kat bawah tu aku selit sikit gambar MR E dengan team.
Kami ditugaskan di setiap stesyen dan unit masing masing di hospital St Vincent NSW sydney. Time pi tu dah sejuk so macam ayam kena berak kapur la di buatnyer..hahaha. Kumpulan kami success menjalankan latihan selama hampir sebulan dan pulang ketananah air selepas itu. Apa pandangan aku tentang IJN dan Sydney? IJN satu tempat yang bagus utk kita belajar benda baru dan advanced, tapi untuk stay hmmm tak kot.. anyway TQ IJN such a big memory. Sydney plak aku rasa antara tempat yang best untuk dilawati. tapi untuk tinggal aku rasa malaysia jugak best.. pelik plak rasanya kalau org dok makan aiskrim kalau dah beku satu badan hehehe. aku akan sambung lagi perjalanan aku ke PARIS plak. tunggu yerk.. ADIOS!

How old she is?

Please comment and post your answer.. i want to know the best answer. if ur lucky

Tuesday, January 12, 2016

Asal usul

Bab asal usul ni sensitif skit..haha duduk di kg halaman yang jauh didalam estate lebih kurang 3 batu dari jalan besar.. masyallah seram geng.. konpem seram.. dulu jalannya penuh dengan pokok getah.. gelap je la nak masuk. Almaklumlah masa tu naik basikal pegang torch light.. nampak benda melintas skit terus tinggal basikal lari lintang pukang..hahah kes nayer betul.. tapi itulah yang terbaik at least ada sesuatu untuk aku ceritakan pada korang.. nama kampung ni 40 rantai dan terletak dia daerah manjung mukim pengkalan baharu perak. So yang menarik nya dalam kampung ni semua keturunan batu bara.. haaa amacam tak percaya yerk? Pendekar cuntong yang korang dengar dalam siri tamar jalis tu siri bercakap dengan jin..orang 70-80 an tahu la yer.. moyang aku😊. Mereka datang berhijrah dari tahun 1800 lagi dan tinggal dikampung.. aku ni dah 5 keturunan kot! Haha secara amnya orang yang masuk kg ni mesti tak paham apa yang old timer sembang sebab bahasanya fuhhh dasyat.

Majoriti penduduk kat sini termasuk orang tua den  hidup dengan mengambil upah menoreh getah ditanah orang atau diestet sebelah..  purata pendapatan rm 90 sehari. Agak-agaknya camnala mereka nak hidup yer. Itulah ketentuan Allah rezeki ada dimana-mana yang pasti kena sentiasa bersyukur terhadap pemberian nya. Walaupun hidup kami sekeluarga susah pada suatu masa dulu tidak bermakna ia akan berterusan seperti itu.

Mungkin ada mereka yang lebih susah terutama dizaman ini. Apa apa pun kita doakan yang terbaik.

Orait geng semoga kita ketemu lagi. Untuk next saya akan update beberapa siri aktiviti dalam proses untuk berjaya. Pelan pelan yer.. wassalam

Rindu nak buat Blog

Assalamualaikum kepada rakan rakan blogger.. Hari ni setelah bertahun blog baru nak update barula terasa hati nak buat blog. hahah LOL>> naper jadi camni sebab malas la kot.. hahaha. So bagus jugak buat blog at least aku boleh expresi diri aku dalam ni dan bukannya menjerit tak tentu pasal. setiap hari semua orang tgh resah dengan kehidupan masing masing dengan masalah dan kengkangan dalam kehidupan. aaaaahhhh itu hanya masalah dunia, yang penting kita jalankan kewajipan untuk kehidupan kekal abadi. apa yang penting teruskan kehidupan korang dengan doa kepada ALLAH yang maha Esa. Mungkin nanti aku nak share beberapa perkara yang dah aku lalui dari kehidupan sempit hingga boleh dikatakan berjaya untuk hidup dan mempunyai kehidupan yang agak selesa.. hahhah bukan MLM okay! bukan bisnes jugak! tapi hanyalah semangat kental untuk kita berdaya maju dan tidak melupakan amalan kita.mungkin ada sambungan cerita dalam blog ni untuk korang tatap dan renungkan.. Psssstt: Gambar kat atas tu masa dekat Statue of liberty USA 2008. Panjang ceritanya kalau nak, tunggu la next episode.